zIFBoards gives you all the tools to create a successful discussion community.
zIFBoards - Free Forum Hosting
Welcome to Taqwa. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Name:   Password:


 

 Tafsir Surah An Nur ayat 1 dan 2
Anak_Pejuang
Posted: Mar 15 2008, 11:09 PM


Sahabat Taqwa


Group: Forum Admin
Posts: 69
Member No.: 2
Joined: 28-December 06



BismiLlahirRahmaniRrahim
Surah An Nur bilangan ayatnya sebanyak 61
semuanya diturunkan di madinah dan mempunyai hubungan dengan surah sebelumnya iaitu surah al mukminun

Surah An Nur ayat 1 :

Inilah surah, telah Kami turunkan dan Kami tetapkan segala hukum-hukum di dalamnya, dan Kami turunkan beberapa ayat yang terdang di dalamnya, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan.

Huraian - ALlah menurunkan surah ini sebgai kurnia kepada hamba-hambaNya , kerana dia mengandungi beberapa hukum dan perintah yang dibebankan kepada mereka. serta diberInya pula ayat-ayat yang terang iaitu bukti dan keterangan mengenai perkara mentauhidkan ALlah yang sukar ditolak. Yang demikian itu supaya menjadi peringatan iaitu persiapan bagi diri mereka atau pengajaran yang mereka amalkan agar dapat hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

Jika mereka mengetahui akan hukum-hukum tersebut dapatlah mereka mengenal ALlah yang membolehkan mereka patuh kepada perintah ALlah dan menyedari bahawa mereka tidak lain hanya sebagai hamba-hambaNya yang akan dikira segala amal baik sedikit mahupun banyak.

Dan apabila hal ini telah terlaksana, maka akan menjadi teraturlah urusan hidup baik dari individu mahupun masyarakat dan akan menhgasilkan manusia dapat hidup dalam suasana aman dan tenteram.

Surah An Nur ayat 2

Perempuan penzina dan lelaki penzina hendaklah keduanya kamu dera (sebat) masingmasing seratus kali sebat. Perempuan penzina dan lelaki penzina hendaklah keduanya kamu dera (sebat) masingmasing seratus kali sebat. Dan janganlah kamu belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan agama ALLah jika kamu ada beriman dengan Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah hadir ketika menyiksa keduanya satu golongan dari orang-orang Mukmin.

huraian - ayat ini menerangkan hendaklah pemerintah Islam menjalankan hukum-hukum ALlah mengikut ketetapan yang ditentukan oleh ALlah sendiri.
iaitu orang yang berbuat zina baik lelaki atau perempuan hendaklah kedua-duanya dihukum dera iaitu sebat dengan 100 kali rotan.

Hukuman ke atas orang yang berzina ini - oleh ahli Feqah telah diterangkannya dalam 2 macam iaitu

1. Azannil Muhson - sudah pernah berkahwin

2. Azannil Ghoirul Muhson belum berkahwin

Adapun jika penzina itu azannil muhson dengan syarat : sudah baligh, berakal, merdeka, beragama Islam dan pernah berkahwin dengan nikah yang sah maka wajiblah dia dijatuhi hukuman rejam
iaitu menanamnya hidup-hidup separas dada lalu direjam dengan batu-batu kecil sehingga mati
Top
0 User(s) are reading this topic (0 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:
« Next Oldest | Tafsir Al Quran | Next Newest »
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you

Topic Options



Hosted for free by zIFBoards* (Terms of Use: Updated 2/10/2010) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.0779 seconds | Archive
Free Domain & Hosting